~ biarkan jemari ini menari di atas keyboard ini mengikut rentaknya sendiri ~



Sunday, March 27, 2011

three meanings alphabet

Mari kita teruskan apa yang tak siapkan lagi tu. Apa lagi kalo bukan FYP kan. Punyalah nak pecah kepala saya fikir dan renungkan tuk FYP saya. Siap boleh termimpi-mimpi lagi. Kalau setakat projek je yang masuk mimpi tak apa juga, ni siap dengan advisor sekali masuk.....APA CITE.!!!!

Saya pun tak tahu lah perasaan apa lagi yang perlu saya gambarkan bila saya sekali lagi kena berhadapan dengan FYP. Memang T.I.G.A huruf ni menakutkan semua pelajar di tahun akhir. SERIUSSSSS.!!! Tak tipunya. Kalau nak tahu macam mana takut dan gerunnya, tunggula bila sudah sampai masa anda-anda semua.

Let's us think POSITIVE huh.

Kalau projek tu, jadi....success kelak, SIAPA yang akan berasa BANGGA kalau bukan DIRI SENDIRI juga kan..COP..jasa ADVISOR jangan lupa tuk dinyatakan sekali.

Sian dia,kan dia da banyak tolong kita semua. Yang dia marah,perli, bagi sms chenta tu semua tuk kebaikan kita jugak.Kalau dia tak bising-bising,kita pun masih lagi berjalan ikut jalan kampung walhal highway dia da sediakan da..@_<~

Kalau nk fikir dari sudut negatifnya....HUHU..Takpela. Tak mau cite,nanti u all semua akan rasakannya juga.



CHAIYOK..!!!!

ikan kerapu ada..ikan kembung ada..ikan jaws je yang tak ada..

Dah lama tak menaip banyak-banyak selain dari menaip kat dalam word tuk menyiapkan assignment dan saudara-maranya.Huhu. Dah lama juga saya tak memanjakan diri dengan melakukan aktiviti yang saya enjoy. Banyak masa dihabiskan depan lappy ni (bunyi sungguh tak sihat). Mana nak sihatnya kalau asyik duduk depan lappy dan hanya jari jemari ni je yang bergerak,bepoco-poco,berarobic, anggota badan yang lain sikit pun tak keluar peluh.HOHO..

Sekarang ni fokus hanya pada nak menghabiskan sem ni cepat-cepat je. Sem ni tersangat la berat saya rasakan. owhkeyh ye..Cube bayangkan semua 4 subjek tuk sem ni semuanya kena membaca.Iye..saya tahu hobi saya memang suka membaca tapi bila nak disuruhnya membaca buku yang berbagai cabang,rupa,bentuk dan lenggok bahasanya.......SIAPA BOLEH TAHAN..Coppppppp..kena mempositifkan diri.kamu boleh hadapi tu semuaaaaa.

Tak apa,anggap je ni semua asam garam bergelar pelajar. Cube pikir kalau dipanjangkan umur,agak-agak tahun depan pada masa yang sama ni, kita tengah buat apa ya?????

Lokasi: bilik 15?
Acara : Pillow talk sambil berbaring di atas katil sendiri
Peserta : Diri sendiri (DS) & Roomate (R)
Waktu Kejadian : 3 pm

R : Agak-agak tahun depan waktu-waktu macam ni kita tengah buat apa ya??
DS : Hurmmmmm.Apa ek?? Mane tau, maybe kita ngah meeting ke.HEHEHE...
R : A'ah kan. Kalau dalam meeting, mana kita boleh golek-golek atas katil macam ni kan.Tak boleh tido petang.HAHAHAHAHAHA..
DS : Macam mana lah agaknya kan kalau kita da bekerja.Berangan jum.
R : Roomate...Tengah buat apa tu???
DS : Tengah melawat site..HUHU...Roomate tengah buat apa tu??
R : Baru abes meeting about next projek..HAHAHA..


**********************************************************

Setiap apa yang ALLAH susun dan takdirkan untuk kita ada manfaatnya tuk diri sendiri. Lately ni, saya da faham dan mengerti mengapa saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Banyak contoh yang dah terjadi. ALLAH lebih mengerti akan umatnya.
Kita sebagai umat harus percaya dan yakin setiap apa yang terjadi itu adalah untuk kebaikan diri kita juga.


PEACE

kamu..kamu..dan juga kamu

Kamu...
Terima kasih sebab ada bila saya perlukan pertolongan kamu. Kamu la kawan berbahas saya. Idea yang kamu berikan itu sering kali menambahkan kepada idea yang saya telah rangkakan.

Kamu...
Terima kasih sebab membawa saya lari jauh daripada masalah seketika. Walaupun untuk seketika tapi saya tetap rasa happy. Tapi terima kasih juga sebab selamat menghantarkan saya semula ke masalah yang tidak berpenghujung lagi.

Kamu...
Terima kasih sebab menceriakan hari saya walau hanya sekadar 15 minit. Apa yang kamu lakukan tu, tak tercapai dek akal saya. Sebab apa kamu buat itu semua,saya sendiri tiada jawapannya.

Kamu...
Terima utk 2 tahun yang indah itu yeah. Semuanya telah ditetapkan olehNYA. Kita bertemu kerana DIA dan jua mungkin berpisah juga kerana DIA.

KAMU..KAMU..dan juga KAMU...
Terima kasih kerana sentiasa ada di tepi saya bila saya perlukan kamu. Kamu bukan penyibuk. Kamu bukan pemerhati. Kamu bukan pengacau. Kamu adalah setia. Saya hargai apa yang dah kamu..kamu dan juga kamu lakukan tuk saya.



KAMU..KAMU dan juga KAMU....
~love our frienship yeah~


give me the strength

Sekarang ni, da masuk tahap genting sampai rase nk termuntah kalau ke genting 2..

Checklist uncommplish job:

1) Industrial control - mini porject + industrial visit report

2) Power Quality - Lab 2

3) Technoproneurship - Business Plan

4) Professional communication - Report + Presentation

5) Pengajian Islam - Quiz 2

* 6) FYP - Complete and refreash proposal + Proposal Presentation + Progress Report + Logbook + Report


Ya ALLAH...Berikanlah aku kekuatan dan kekuatan untuk menyiap ini semua dalam masa tidak kurang dari 3 minggu...