~ biarkan jemari ini menari di atas keyboard ini mengikut rentaknya sendiri ~



Sunday, March 27, 2011

ikan kerapu ada..ikan kembung ada..ikan jaws je yang tak ada..

Dah lama tak menaip banyak-banyak selain dari menaip kat dalam word tuk menyiapkan assignment dan saudara-maranya.Huhu. Dah lama juga saya tak memanjakan diri dengan melakukan aktiviti yang saya enjoy. Banyak masa dihabiskan depan lappy ni (bunyi sungguh tak sihat). Mana nak sihatnya kalau asyik duduk depan lappy dan hanya jari jemari ni je yang bergerak,bepoco-poco,berarobic, anggota badan yang lain sikit pun tak keluar peluh.HOHO..

Sekarang ni fokus hanya pada nak menghabiskan sem ni cepat-cepat je. Sem ni tersangat la berat saya rasakan. owhkeyh ye..Cube bayangkan semua 4 subjek tuk sem ni semuanya kena membaca.Iye..saya tahu hobi saya memang suka membaca tapi bila nak disuruhnya membaca buku yang berbagai cabang,rupa,bentuk dan lenggok bahasanya.......SIAPA BOLEH TAHAN..Coppppppp..kena mempositifkan diri.kamu boleh hadapi tu semuaaaaa.

Tak apa,anggap je ni semua asam garam bergelar pelajar. Cube pikir kalau dipanjangkan umur,agak-agak tahun depan pada masa yang sama ni, kita tengah buat apa ya?????

Lokasi: bilik 15?
Acara : Pillow talk sambil berbaring di atas katil sendiri
Peserta : Diri sendiri (DS) & Roomate (R)
Waktu Kejadian : 3 pm

R : Agak-agak tahun depan waktu-waktu macam ni kita tengah buat apa ya??
DS : Hurmmmmm.Apa ek?? Mane tau, maybe kita ngah meeting ke.HEHEHE...
R : A'ah kan. Kalau dalam meeting, mana kita boleh golek-golek atas katil macam ni kan.Tak boleh tido petang.HAHAHAHAHAHA..
DS : Macam mana lah agaknya kan kalau kita da bekerja.Berangan jum.
R : Roomate...Tengah buat apa tu???
DS : Tengah melawat site..HUHU...Roomate tengah buat apa tu??
R : Baru abes meeting about next projek..HAHAHA..


**********************************************************

Setiap apa yang ALLAH susun dan takdirkan untuk kita ada manfaatnya tuk diri sendiri. Lately ni, saya da faham dan mengerti mengapa saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Banyak contoh yang dah terjadi. ALLAH lebih mengerti akan umatnya.
Kita sebagai umat harus percaya dan yakin setiap apa yang terjadi itu adalah untuk kebaikan diri kita juga.


PEACE

No comments:

Post a Comment