~ biarkan jemari ini menari di atas keyboard ini mengikut rentaknya sendiri ~



Sunday, March 27, 2011

kamu..kamu..dan juga kamu

Kamu...
Terima kasih sebab ada bila saya perlukan pertolongan kamu. Kamu la kawan berbahas saya. Idea yang kamu berikan itu sering kali menambahkan kepada idea yang saya telah rangkakan.

Kamu...
Terima kasih sebab membawa saya lari jauh daripada masalah seketika. Walaupun untuk seketika tapi saya tetap rasa happy. Tapi terima kasih juga sebab selamat menghantarkan saya semula ke masalah yang tidak berpenghujung lagi.

Kamu...
Terima kasih sebab menceriakan hari saya walau hanya sekadar 15 minit. Apa yang kamu lakukan tu, tak tercapai dek akal saya. Sebab apa kamu buat itu semua,saya sendiri tiada jawapannya.

Kamu...
Terima utk 2 tahun yang indah itu yeah. Semuanya telah ditetapkan olehNYA. Kita bertemu kerana DIA dan jua mungkin berpisah juga kerana DIA.

KAMU..KAMU..dan juga KAMU...
Terima kasih kerana sentiasa ada di tepi saya bila saya perlukan kamu. Kamu bukan penyibuk. Kamu bukan pemerhati. Kamu bukan pengacau. Kamu adalah setia. Saya hargai apa yang dah kamu..kamu dan juga kamu lakukan tuk saya.



KAMU..KAMU dan juga KAMU....
~love our frienship yeah~


No comments:

Post a Comment